Setahun selepas MH17: Kisah seorang wanita yang tabah

Asmaa Aljuned: Tabahnya seorang ibu berjuang untuk anaknya setelah kehilangan suami

Tarikh 17 Julai, setahun yang lalu, dunia digemparkan dengan berita yang mengejutkan: pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine di ruang udara Donetsk. Tidak diketahui sehingga kini mengapa pesawat komersial itu ditembak jatuh. Ada yang kata sengaja, ada yang kata tak sengaja, tetapi apa jua sebab yang diberikan, ia telah ditembak jatuh.

Baca juga: 10 Tips Kewangan Paling Efektif

Tiada yang terselamat daripada nahas tersebut. Salah seorang kru, merangkap pembantu juruterbang pesawat tersebut, Allahyarham Mohd Hakimi bin Hanafi, merupakan klien takaful saya. Beliau mengambil takaful nyawa tepat dua bulan sebelum trajedi berlaku. Beliau meninggalkan isteri, Asmaa Aljuned, yang rakan sekolah saya dahulu, dan seorang anak lelaki, Abderrahman bin Mohd Hakimi.

Setahun selepas nahas berlaku, saya menjemput saudari Asmaa untuk ditemuramah. Saya yakin ramai wanita di luar sana ingin mengetahui bagaimana beliau mengharungi detik-detik awal trajedi tersebut, bagaimana beliau tabah menghadapi segala masalah yang timbul danĀ apa nasihat atau pengajaran yang dapat beliau kongsikan berikutan trajedi ini.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *