PruBSN Ummahlink: Persediaan Menunaikan Ibadah Haji

Bagaimana PruBSN Ummahlink dapat membantu anda membuat persediaan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah

mekah

Sebagai umat Rasulullah SAW, kita semua rindukan Makkatul Mukarramah. Mendegar cerita saudara-saudari muslimin dan muslimat yang telahpun mengecap nikmat haji dan umrah, semakin dalam rasa rindu kepada Rumah Allah itu.

Tidak semua antara kita yang terpilih untuk dapat menunaikan haji dan umrah. Pengalaman saya sendiri dapat mengerjakan umrah pada usia muda tak dapat saya lupakan. Memang kalau boleh setiap tahun saya nak bekunjung ke Baitullah.

Ramai antara kenalan dan rakan saya yang rapat melahirkan perasaan risau. Keadaan ekonomi sekarang tidak membolehkan menyimpan wang. Nak beli rumah pun tak mampu, apatah lagi menyimpan untuk Haji? Sedih rasanya bila dengar rakan dalam situasi tersebut.

Pelan Haji dan Umrah Ummahlink

Ummahlink adalah produk takaful yang dicipta khas oleh PruBSN untuk membantu umat Islam Malaysia membuat persiapan untuk mengerjakan haji di masa hadapan. Mari kita mengenali produk ini dengan lebih dekat:

1. Ummahlink terdiri daripada 3 akaun utama:

  1. Protection Unit Account (PUA):ini merupakan bayaran pampasan takaful. Istimewanya di sini ialah bayaran 2 kali ganda dari segi pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sekiranya client meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan ketika menunaikan haji atau umrah.
  2. Investment Unit Amount (IUA) : Ini adalah komponen investment atau pelaburan (yang dilaburkan dalam unit amanah Dana Takaful PruBSN yang terdiri daripada 3 dana: Ekuiti, Urus atau Bond.
  3. Cash Unit Account (CUA) : Ini adalah satu account yang sangat special sebab client boleh dapat duit cash payout 2 tahun sekali, serendah RM 500 dan seterusnya RM 1,000, RM 2,000. Ia berergantung kepada caruman bulanan. Selain itu, duit dalam account CUA ini juga akan dimasukkan dalam ACCOUNT SSP (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional)…yang melayakkan client untuk mendapat cabutan SSP BSN..termasuklah cabutan kereta mewah dan sebagainya. Selain itu, client diberikan pilihan untuk memindahkan duit CASH PAYOUT tu ke account Tabung Haji (TH).

pru ummah

2. Ummahlink memudahkan kita menyempurnakan rukun Islam kelima

Dengan Ummahlink, anda dapat buat simpanan haji dan umrah, dan program Cash Unit Account akan membantu anda mempercepatkan proses menyimpan untuk pergi haji. Kalau umur panjang, insyaAllah bila sampai giliran, anda akan cukup duit untuk pergi ke Mekah.

Macam mana kalau umur tak panjang? Produk Ummahlink ini ada program kerjasama dengan Tabung Haji untuk menawarkan pakej badal haji untuk pemegang polisi Ummahlink. Tabung Haji akan menghantar wakil untuk mengerjakan haji bagi pihak anda dengan wang pampasan takaful daripada polisi anda.

Jadi tak kira apa pun terjadi, anda tak perlu risau. Rukun Islam ke lima sudah dalam genggaman anda.

 

Kesimpulan

Ummahlink adalah produk takaful yang unik daripada Prudential BSN Takaful. Ia direka khas oleh orang Islam, untuk orang Islam, dan memenuhi segala keperluan simpanan Haji dan Umrah anda. Jangan tunggu lagi! Hubungi saya sekarang!

contact me

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *