PruBSN Takaful Link: Menjaga Anda Dari Muda Hingga Bersara

Perlindungan Komprehensif dari Pelan Yang Sangat Fleksibel

Takafulink adalah pelan investment-linked yang membawa keuntungan dari sumber pelaburan. Perlindungan yang diberikan oleh Takafulink adalah berbentuk pampasan kematian dan penyakit kritikal.

Takafulink sangat sesuai untuk orang yang berumur 26-70 tahun. Dengan sumbangan serendah RM100/bulan, anda dapat menikmati pelbagai faedah dan yang paling penting, pelan ini sangat fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut keperluan anda dalam kerjaya dan keluarga.

Antara manfaat-manfaat yang disediakan ialah:

Kad Perubatan dengan 100% coverage.

100% coverage ni maksudnya apa? Maksudnya kalau anda masuk hospital, bil hospital tu 100% Prudential tanggung. Setidak-tidaknya anda dah tak perlu fikir pasal bil. Kalau takde insurans? Bayar sendiri. Masuk wad ada deposit. Lepas tu keluar wad bayar baki dia.

Kalau insurans syarikat? Ada yang cover 100%, tapi ada jugak yang ada percentage. 30/70, 80/20, di mana jumlah yang lebih kecil tu anda tanggung. Dan deposit pun anda bayar. Kan senang kalau ada medical card?

Pampasan jika berlaku kematian keatas perserta atau lumpuh sepenuhnya.

Insurans nyawa adalah produk asas bagi semua produk insurans. Tak kira anda beli produk apa, mesti ada komponen insurans nyawa dalam pelan tu. Sikit atau banyak je beza dia.

Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal

Definisi penyakit kritikal kebanyakannya sama sahaja antara semua syarikat insurans. Tapi mungkin ada beza juga sedikit sebanyak. Kalau was-was, boleh rujuk polisi anda untuk senarai yang tepat dan dikemaskini. Atau pinjam polisi kawan. Atau telefon kawan yang ejen insurans mintak kepastian. Apa pun, di bawah ini saya sertakan senarai 36 Penyakit Kritikal Prudential pada masa artikel ini ditulis:

senarai 36 penyakit kritikal

Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan.

Malang tak berbau, jadi jika berlaku kemalangan, pampasan akan diberikan serta-merta walaupun polisi anda baru sebulan dikuatkuasakan. Ini melindungi keadaan kewangan anda jika berlaku hal yang tak diingini.

Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya

Jika berlaku kemalangan atau penyakit kritikal seperti dalam rajah di atas, anda boleh dikecualikan dari caruman polisi anda. Ini sangat bermanfaat kerana walaupun telah berlaku kemalangan, anda masih ada polisi aktif yang akan terus melindungi anda.

Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat bagi polisi anak2 jika parent meninggal atau menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal atau lumpuh sepenuhnya

Salah satu tujuan utama beli takaful ialah untuk melindungi orang yang kita sayang. Dengan Takafulink, jika sesuatu berlaku kepada ibubapa, polisi anak akan ditanggung oleh Prudential.

Elaun harian hospital, elaun ICU, elaun pembedahan & elaun MC kemalangan

Elaun ini untuk menggantikan hari produktif anda di kala anda terlantar sakit di hospital. Walaupun terlantar sakit, anda tetap dapat menjana income yang digantikan oleh pelan Takafulink. Hanya untuk polisi bernilai RM300 sebulan ke atas.

Pelan Persaraan

Persaraan adalah suatu nikmat hidup yang sangat istimewa, tapi hanya jika kedudukan kewangan anda mantap. Jika tidak, ramai kita lihat warga tua yang masih bekerja walaupun telah melebihi usia persaraan. Pelan ini juga merupakan satu bentuk simpanan untuk masa depan supaya kita dapat menghabiskan sisa-sisa umur dengan aman.

Perlindungan Wanita

Sistem reproduktif wanita sangat kompleks dan memerlukan kepakaran yang khas, jadi ianya sangat mahal. Pelan ini memberikan perlindungan komprehensif dan anda tidak perlu bimbang.

Komplikasi Kehamilan

Kehamilan sangat memabahagiakan tetapi terdapat juga risikonya yang tersendiri. Komplikasi semasa hamil membahayakan dua nyawa, oleh itu kosnya pun mahal. Ia juga dilindungi dalam pelan ini.

Organ Transplant

Tertakluk kepada jumlah caruman bulanan, prosedur pemindahan organ juga termasuk dalam lingkungan pelan ini.

Perlindungan Berganda dan Simpanan Umrah dan Haji

Ini sama seperti pelan persaraan di atas, tetapi selain untuk persaraan, wang simpanan dari polisi anda boleh juga digunakan untuk menunaikan haji dan umrah. Anda juga akan dilindungi selama berada di tanah suci.

Mortgage Life (MLTA)

Berbeza dengan MRTA, MLTA melindungi nilai rumah anda, bukan loan rumah. Perbezaan ini sangat penting kerana jika anda menjual rumah dan membeli rumah lain, anda tak perlu beli polisi baru.

Replacement of Income

Dengan jumlah pampasan tunai yang mencukupi, anda boleh menggantikan income bulanan anda jika berlaku kecacatan yang menyebabkan anda hilang sumber pencarian.

Pengecualian Cukai sehingga RM 9 ribu

Ini sesuatu yang tak ramai orang tahu. Anda boleh dapat pengecualian cukai dari polisi anda sehingga RM9,000. Memang rugi kalau tidak manfaatkan usaha kerajaan ini yang mahukan lebih ramai rakyat dilindungi oleh insurans.

Baca juga pelan lain dalam Prubsn Link Series

contact me

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *