PruBSN Firstlink: Meraikan dan Menyokong Generasi Muda

PruBSN Firstlink Membantu Capai Matlamat Hidup Anda

Untuk siapa produk ini direkacipta?

Produk ini dicipta untuk remaja dan pemuda pemudi berumur 19-25 tahun. Ia direka khas untuk golongan muda yang baru hendak memulakan hidup berdikari dan membina karier dan keluarga masing-masing.

Sumbangan minimum yang dikenakan adalah sebanyak RM100 sebulan, dan tempoh matang atau jangakamasa perlindungan adalah sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun.

Sebagai pemuda yang baru habis bersekolah, memang banyak cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi moden yang sangat kompetitif ini.

Meraikan Setiap Langkah Anda Kehadapan

Bukankah lebih mudah untuk kita berjaya jika mendapat sokongan padu dari belakang yang memastikan kita sentiasa bersemangat dan fokus kepada cita-cita kita?

PruBSN Firstlink ini menyediakan pelbagai reward untuk kita setiap kali kita mencapai milestone atau titik penting dalam kehidupan. Jom kita dalami sedikit sokongan macam mana yang kita dapat:

Raikan Pencapaian Dalam Hidup:

Jika anda berjaya mencapai salah satu daripada item di bawah, kita akan raikan bersama melalui Bonus AchieveFirst

  1. Beli rumah baru
  2. Berkahwin
  3. Apabila anak dilahirkan
  4. Memperoleh Ijazah Pascasiswazah
  5. Menunaikan Ibadah Umrah
  6. Menunaikan Ibadah Haji

Anda akan menerima RM500 dengan syarat anda dapat mencapainya sebelum umur 50 tahun. Tuntutan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Loyalty Bonus

Jika anda bayar premium bulanan dengan cantik dan konsisten, anda akan dapat 5% daripada jumlah sumbangan tahunan anda selepas tahun ke-10 polisi anda dan setiap 3 tahun selepas itu.

Sokongan Dalam Waktu Kesusahan

Jika anda kehilangan pekerjaan anda dalam keadaan ekonomi yang sukar ini, pelan ini memastikan anda masih dapat coverage sehingga 6 bulan walaupun anda tidak mampu membayar premium.

Macam Mana Nak Tuntut Bonus AchieveFirst?

Cara nak tuntut sangat mudah. Anda hanya perlu berikan salinan dokumen yang membuktikan pencapaian anda kepada mana-mana cawangan Prudential yang terdekat.

Rujuk Jadual di bawah untuk memahami dokumen yang perlu disertakan untuk pencapaian yang mana:

AchieveFirst Bonus PruBSN Firstlink

Anda perlu pastikan bayaran premium anda cantik dan telah dikemaskini. Bayaran akan dibuat melalui cek terus ke alamat yang anda berikan, setelah tuntutan anda disahkan.

Cara Mempertingkatkan Lagi Polisi Firstlink anda

Dalam membina kerjaya, kita akan mula mengumpul aset seperti rumah, dan semakin banyak tanggungan atau komitmen seperti kereta, anak, dan sebagainya. Polisi yang diambil semasa baru mula bekerja pastinya tak akan dapat menampung tanggungan yang semakin banyak.

Sebagai ejen insurans, adalah menjadi tugas kami untuk membantu anda untuk mengemaskini polisi anda agar sejajar dengan tanggungan anda.

Berikut Adalah Pelan Yang Boleh Anda Pertimbangkan Untuk Upgrade Polisi Firstlink Anda

Kad Perubatan – Anda boleh tambah Medical Card untuk coverage dari segi kemalangan atau penyakit yang menyebabkan anda dimasukkan ke dalam wad. Pelan Perubatan yang sesuai adalah Takaful Health dan Health Enrich. Medic Essential juga sesuai dalam kes ini.

 

 

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *