Permulaan Perniagaan Dengan Prudential BSN Takaful

5 Sebab Kukuh Untuk Memulakan Perniagaan Sebagai Ejen PruBSN Takaful

Jika anda pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan yang menguntungkan, teruskan mebaca artikel ini sehingga habis!

Anda dah lalui semuanya. Anda belajar sungguh-sungguh, skor dengan baik dalam peperiksaan, dan berjaya beroleh segulung ijazah. Anda pun cari kerja yang
setimpal dengan kelulusan anda, dananda berasa lega.

Ibubapa pun berasa lega bercampur bangga; dapat juga melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran dan kini telah pun diterima bekerja dengan syarikat besar.
Selesai sudah! Lepas tanggungjawab. Memang fairytale ending la lepas ni.. Happily ever after!

Atau tidak?

Setelah penat bekerja 4-5 tahun anda mulai sedar bahawa bukan ini yang anda inginkan untuk hidup anda.

Bekerja yang sangat penat dan tertekan

Syarikat zaman sekarang boleh demand sesuka hati sebab ramai yang tak ada kerja. Tak suka? Berhentilah! Ada 40 lagi permohonan kerja baru masuk minggu ini yang belum sempat pun diproses.

Penat lelah tidak dihargai

Politik di dalam ofis lebih menanfaatkan orang yang pandai mengampu dan menonjolkan diri, bukan orang yang jujur dan bekerja
keras. Memang corporate culture ni macam tu. Ramai sangat yang nak dikawal, sudahnya tak terkawal. Siapa paling bising dia menang.

Pengurusan yang terlalu kritikal

Sudah lah penat lelah kita tak dihargai, tapi apabila sekali sekala kita silap, hah.. Siaplah! Bukan main lagi marah.
Seolah-olah kita tak buat kerja langsung.

Tiada Ruang Untuk Menonjolkan Diri

Semasa belajar, kita menimba pelbagai bentuk ilmu pengetahuan, dengan harapan bila bekerja nanti kita akan berpeluang untuk melibatkan diri dalam projek-projek penting dan mendapat kepuasan bekerja, dan menyumbang kepada masyarakat.

Hakikatnya, syarikat besar tidak memerlukan kita berfikir kreatif. Malah mereka tak mahu kita berfikir kreatif. Sebab banyak syarikat zaman sekarang yang hanya memikirkan risiko shareholder dan keuntungan shareholder. Jadi jangan berfikir banyak sangat. Buat sahaja apa yang disuruh. Kalau ada idea letakkan dalam peti cadangan yang takkan dibaca pun.

Career Path yang semakin sempit

Syarikat seperti sengaja mahu memerah kita sekering-keringnya. Projek demi projek diberi kepada kita, walaupun kerja yang
sedia ada pun memang dah banyak, tapi kita siapkan juga. Sudahnya bila kita minta kenaikan gaji atau naik pangkat, ditolak mentah-mentah. Lebih baik jadi
pekerja yang malas. Sama juga result dia.

Cuba bandingkan dengan kehidupan ejen insurans:

Bekerja yang sangat penat

Jadi ejen insurans andalah bos kepada syairkat anda. Terpulang kepada anda nak buat part time area taman perumahan anda sahaja atau nak conquer satu KL.
Tapi yang pasti, lagi kuat anda kerja, lagi banyak anda dapat. Itu memang confirm.

Siap ada free trip lagi. Kami sekeluarga dapat pergi ke San Francisco. Memang best. Semua Prudential yang bayar. Nampak lekeh, perniagaan mudah. Tapi
sangat power.

Penat lelah tidak dihargai

Ini memang tak wujud dalam hidup ejen insurans. Setiap kes yang anda close, boleh declare pada group, kalau hit target, muka akan terpampang bukan saja di
dinding ofis, malah dalam suratkhabar! Kalau hit target, Prudential akan panggil anda untuk berucap, supaya ejen-ejen baru dapat manfaat daripada
pengalaman dan kemahiran anda.

Macam tu barulah dihargai!

Pengurusan terlalu kritikal

Kritikan membina adalah perlu dalam mana-mana bidang. Kita tak boleh syok sendiri. Kita kena ada improvement, dan feedback yang paling tepat biasanya bukan
dari diri kita sendiri. Dalam bidang insurans ada mentor yang akan memastikan kita berada di landasan yang betul untuk berjaya.

Kritikan yang diberikan adalah membina dan tidak berbaur politik atau berniat menjatuhkan dan memalukan. Alangkah leganya bila kita boleh menumpukan tenaga
dan fokus terhadap membina perniagaan baru kita yang menguntungkan tanpa perlu memikirkan politik dan drama di pejabat.

Tiada Ruang Untuk Menonjolkan Diri

Dalam bidang insurans, macam-macam cara ejen membina bisnes mereka. Ada yang buat online melalui Facebook, blog seperti yang anda baca ni, Instagram, forum, Adwords, dan lain-lain teknik online. Ada juga yang menggunakan direct approach di booth, ada yang fokus kepada corporate client, ada yang fokus buat group dari awal.

Tak kurang juga yang buat sebagai perniagaan sambilan. Ada yang terus full-time.

Macam-macam.

Anda hanya terhad kepada kreativiti anda sendiri. Buatlah macam mana anda nak buat. Janji duit masuk. Ini bisnes anda sendiri, andalah CEO.

Career Path yang semakin sempit

Jadi ejen insurans memang best, tapi jadi manager lagi best. Bayangkan, anda boleh membina agensi anda sendiri, sebesar mana pun anda mahukan. Ada yang memiliki agensi yang terdiri daripada beribu-ribu ejen. Bayangkan income mereka.

Siapa sangka, perniagaan modal rm500 ini sebenarnya jika dibuat bersungguh-sungguh boleh menjadi perniagaan yang paling menguntungkan.

Di Indonesia, terdapat ejen Prudential yang mebina agensi sebesar 10,000 ejen dibawahnya! Inilah Career Path yang paling bernas untuk diikuti. Itulah kuasa sebenar perniagaan francais.

Ini hanyalah sebahagian daripada sebab kenapa semakin ramai yang ingin menceburi bidang ini. Perniagaan yang memerlukan modal kecil tetapi sangat menguntungkan. Jika anda seorang yang tidak takut bekerja keras, dan mempunyai vision yang jauh untuk hidup anda, ada eloknya anda menyiasat lebih mendalam bidang ini.

Tak salah bertanya!
Muat turun artikel ini dalam bentuk pdf!

2 Comments

  1. Assalammualaikum

    Hai diyana. I randomly typing prubsn takaful and suddenly saw your websites.

    Saya sebenarnya mencari ruang dan cara bagaimana untuk saya menjadi agent prubsn takaful.

    For info, saya bekerja sepenuh masa dan belum berkahwin. Dan for the time being, saya ingin belajar untuk buat part time jadi agent insurans.

    Its actually not for a money purposes only. Saya sebenarnya lebih untuk mengisi ruang dan masa saya untuk menjadi lebih terancang, dan digunakan sebaik mungkin oleh saya.

    Plus, saya rasa bidang takaful ni kurang diberi pendedahan sewajarnya kepada masyarakat especially malays walaupun dah ramai juga yang mengambil takaful/insurans kebelakangan ini.

    If only you can guide me on how to be an agent for part time purposes, im really hoping for that.

    Saya tinggal di kuala lumpur. Bekerja juga di kuala lumpur.

    Thanks 🙂

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *