Manfaat Insurans: Prudential BSN Takaful

PruBSN Takaful Link Series

Savings atau Insurance?

Saya dah ada savings/ASB/Tabung Haji/Unit Trust. Buat apa nak ambil insurance?

Untuk jawab soalan tu, kita kena faham insurance ni fungsi dia tak sama dengan savings. Kita compare dua orang, sorang simpan dalam savings/investment, lagi sorang simpan duit dalam insurans. Tengok table di bawah:

 

A B
 Bulan  Savings/ASB/Etc  Insurance
 1 RM300 RM300
 2 RM300 RM300
 3 RM300 RM300
 4 RM300 RM300
 5 RM300 RM300
 6 RM300 RM300
 Total  RM1800 RM1800

 

Pada dasarnya, nampak macam sama kan? In fact, kita boleh argue yang ASB/Unit Trust/Tabung Haji tu lagi tinggi pulangannya compared to insurans ni.

So apa bezanya? Banyak lagi investment yang lagi menguntungkan ye tak?

Jom kita tengok balik table tadi, tapi kali ni lain sikit:

 

A B
 Bulan Savings/ASB/Etc  Insurance
 1 RM300 RM300
 2 RM300 RM300
 3 RM300 RM300
 4 RM0 RM300
 5 RM0 RM300
 6 RM0 RM300
 Total  RM900 RM51,800

 

Aik? Macam mana boleh jadi macam tu? Jawapan dia, sebab bulan 4 tu A dan B ni accident/stroke/etc; pokok pangkalnya dia dah tak boleh bekerja. Ini dinamakan Total Permanent Disability (TPD) atau dalam Bahasa Melayu Cacat Kekal Menyeluruh.

Bila jadi macam tu hamba Allah berdua ni boleh tak bekerja? Tentu tak boleh. Bila tak kerja ada tak income? Memang kosong terus. Habis macam mana column insurans B tu masih ada caruman? Siap ada cash lagi dapat kat dia!

A

Beliau memang sangat suka simpan duit. Juga banyak study investment sebab nak gandakan duit. Memang bijak dia menyimpan duit, dan duit tu pulak dilabur dalam produk financial yang dirasakan sesuai. Tapi masuk bab insurance dia tak minat. Pulangan rendah, katanya. ASB lagi power.

Malang tak berbau bulan keempat buat simpanan/investment, kena TPD. Dah tak boleh bekerja. Simpanan sempat dapat RM900 sahaja. Bil hospital berpuluh-puluh ribu. Majikan dah buang kerja. Memang takde income langsung.

Esoknya keluarga A masuk akhbar mintak derma.

B

Beliau pun banyak kaji pasal investment. Tapi bila orang nak jual insurans, dia tengok pulangan tak sehebat mana, paling pun balik modal ada untung sikit. Tapi kalau tak untung kenapa syarikat insurans tahan sampai sekarang? Beliau kaji punya kaji, rupanya insurans ni lain fungsi dia dalam kewangan.

Duit yang dia letak tepi untuk savings tu dia masukkan dalam insurans. Produk takaful, nak pastikan menurut syariah. Tak sempat bulan keempat, dia kena TPD. Walaupun dia baru bayar tiga bulan, dalam policy takaful dia, dia berhak dapat pampasan penuh. Prudential pun bayarkan kos perubatan dia, dapat cash untuk sara hidup, dan savings pun Prudential sambung sampai 25 tahun.

Insurans Takaful Sebagai Perlindungan untuk Asset Kita

Ha! Itulah fungsi insurans. Insurans ni bukan investment, tapi dia lebih kepada perlindungan. Dalam kebanyakan kes, yang dilindungi ialah income. Tengok macam si B ni. Walaupun dia dah tak ada sumber pendapatan, Prudential masih lagi bayar caruman dia. Tambah pulak dia dapat duit cash untuk bayar rawatan dia, dan untuk gunakan sara diri.

Kalau ejen dia bijak menasihati, si B ni boleh gantikan income dia dari insurans. So bukan setakat savings, malah gaji tu bulat-bulat boleh dapat balik bulan-bulan. Nak buat tu kena ada ejen yang pandai advise. Ehem, ehem.

Berbeza dengan A, beliau memang bergantung kepada savings/investment semata-mata, tapi malang tak berbau bulan keempat bencana menimpa. Savings masa tu baru ada RM900. Memang susah dia nak teruskan hidup.

Langkah Seterusnya

Jadi harap semua faham sedikit sebanyak fungsi insurans takaful ni dan beza dia dengan produk kewangan yang lain. Tak guna kita ada cash RM100,000 kalau akhirnya cash tu semua guna untuk bayar bil hospital.

Dengan caruman serendah RM100 sebulan, kita boleh dapat protection bernilai sehingga RM150,000 in case jadi benda yang tak diingini.

So apa tunggu lagi? Boleh contact saya untuk dapatkan quote dan nasihat secara percuma!

contact me

 

 

 

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *