Apabila hati tersenyum Indah…

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…

 

minggu yang sangat teruja buat hatiku… semua yang datang serba indah.. serba lengkap dan serba riang…

niqmat yang Allah bagi pada ku untuk senantiasa bersyukur dalam apa jua yang berlaku… walaupun tangisan menderum, atau tawaan mengilai , semuanya harus untuk aku tenang dan bersyukur sentiasa. kerana apa? kerana segalanya yang didatangi padaku adalah untuk aku.untuk aku apa? untuk aku bertumbuh. menjadi perwira , menjadi srikandi di era ini.

Terima kasih ya Allah.

Minggu ni jugak minggu yang membuatkan aku teruja kerana aku melalui proses pembelian suatu item yang agak istimewa buatku…

Bonus kalini, aku memutuskan untuk menghadiahkan diriku kereta baru. kereta yang bukan sekadar kereta, tetapi tujuan utama adalah untuk pembangunan Ummah. Aku berniat agar Allah mengizinkan aku menginspirasikan wanita wanita muslima di luar sana untuk bekerja rajin dan mempunya objektif hidup yang crystal clear.

Tujuan kedua aku dalam pembelian kereta ini adalah untuk mama dan abah. AKu sangat berdoa agar mama dan abah sempat merasai kejayaan anak anak mereka. Kami empat beradik bagi aku, semua kami berjaya alhamdulillah. Cuma mungkin dalam perniagaan bermula dari anak mereka yang ketiga. betapa mereka risau sedetik mereka mengetahui tentang aku berhenti kerja dan memulakan perniagaan pada tahun 2011, aku ingin harini mereka tahu, aku dapat mengahrungi pahit manis liku liku hidup berniaga di kuala lumpur setelah empat tahun berkecimpung dalam bidang takaful.

Aku mengejutkan mereka dengan membawa mereka ke showroom BMW setelah menjemput mereka di Subang Airport minggu lepas. Muka abah waktu itu…. muka abah waktu itu adalah muka terharu yang tidak dapat aku gambarkan… aku mengangkat ibu jariku dan tanya padanya , “ok abah?” abah senyum bangga. alhamdulillah. Aku jemput mama untuk masuk duduk dalam salah satu kereta dalam showroom tu. Mama terasa bahagia. aku bukan datang dari keluarga yang tidak pernah merasa kereta mewah. tidak. Abah memang membawa MERC dari aku umur 10 tahun. tapi ini, aku ingin membuktikan pada abah, iaitu abah dah berjaya membesarkan anak anak abah dan kami dapat ulangi kejayaan abah. abah inspirasi kami. subhanallah, aku amat tersentuh kerana Allah mengizinkan ini semua berlaku.

tujuan ketiga ku ialah, aku inginkan keselamatan. setelah Allah memberi rezeki yang cukup, aku memilih untuk mendapatkan kereta yang mempunyai safety feature yang lebih baik dari kereta sekarang.

Syukur ya Allah.

Esok hari yang besar buat kami. Hari untuk kami mengambil kereta . Alhamdulillah dah settle buat payment dan inshaAllah esok boleh bawak balik Kuda baru ku.

Semoga Allah merahmati perjalanan kami. Ameen

 

love,

daiSy

 

🙂

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *